Monday, November 9, 2009

Hargailah mereka...

Presentation Sociology (Pn Amelia)
UiTM Shah Alam
Friday, 10 a.m, February 15th 2002

-----------------------
ORANG YANG BANYAK MEMPENGARUHI HIDUP SAYA

Kehidupan saya bermula dengan menyayangi kedua ibu bapa saya. Apabila saya mula meningkat dewasa, saya hebat menilai mereka. Kadang-kadang saya memaafkan kedua-duanya. Belum tentu saya seperti mereka!

Orang pertama yang banyak mempengaruhi hidup saya ialah ayah saya. Ayah seorang yang pendiam, tapi murah dengan senyuman. Saya cukup baik dengan ayah. Semasa mak saya ada, saya anggap ayah memahami anak-anak. Ayah tak suka berleter. Kalau dia marah, cukup sekadar diam dan bermasam muka - Maka tahulah kami ayah marah. Ayah selalu beritahu mak jika tak puas hati dengan anak-anak. Manakala mak akan sampaikan kepada kami. Ayah suka buat lawak hingga orang tak kering gusi dengan jenakanya. Lawaknya kian menjadi-jadi bilamana mak sedang berleter, tetapi ayah buat main-main je, sambil buat macam-macam gaya, nak kasi mak ketawa. Sehinggakan mak tak jadi marah dan bertukar menjadi perkara lucu padanya. Saya suka tengok kehidupan bahagia mereka.

Suatu masa dahulu, semasa kami kecil, tiada pengalaman yang paling indah melainkan bersama ayah. Dia ajar kami berenang di sungai berdekatan rumah. Budak-budak suka berderet-deret ikut ayah ke sungai. Tak kesah laaa anak siapa, semuanya ikut. Seronok. Ibu bapa mereka pula tak risau jika anak-anak mereka mandi bersama ayah dan kami. Tapi mak pula sangat risau kalau kami mandi-manda. Apa lagi, ayah selalu menjadi mangsa leteran mak kerana pandai-memandai bawa budak-budak.

Ayah tak cerewet makan. Katanya, asalkan halal dan bersih. Ayah kerja kampung je – Pandu lori kecil angkut barang. Walau bekerja jauh macam mana pun, ayah tetap balik makan kat rumah. Ayah pandai berjimat, tetapi kami hanya tahu membazir sahaja. Maklum laa ramai…

Satu lagi ,ayah suka basuh bajunya sendiri. Dia basuh bajunya masa mandi. Katanya, cukup puas hati bila dia sendiri yang basuh. Dari dulu sampai sekarang, itulah tabiatnya…

Ayah suka ambil tahu perihal sekolah anak-anaknya. Saya sangat menyanjungi penat lelah ayah yang selalu menghantar saya ke sekolah sejak darjah satu hinggalah ke tingkatan enam. Beliau menemani saya belajar. Konon-kononnya tengok bola atau gusti, tapi saya tahu ayah nak temankan saya belajar lewat malam. Pada saya, itulah dorongan paling kuat untuk saya berjaya.

Orang kedua yang banyak mempengaruhi hidup saya ialah mak saya. Kata orang, walau berada dalam keadaan berbeza sekalipun, namun sejak dari rahim lagi, anak dan ibu tidak dapat dipisahkan lantaran mereka telah berkongsi satu tali pusat. Itulah keistimewaan yang paling utama bagi seorang ibu.

Pada saya, sampai ke hari ini saya masih hairan dan kagum bagaimana mak dapat melahirkan 12 orang anaknya. Tentu saya lebih memahaminya bilamana saya mejadi ibu kelak. Mak saya hanyalah seorang wanita tabah yang seluruh hidupnya dihabiskan di kampung. Jika dilihat dengan mata kasar, riak wajah mak nampak seolah-olah serius, tetapi sebenarnya bagi saya dialah orang yang paling baik hati di dunia (saya tahulah). Jika dikenang-kenang, mak memang seorang yang garang, suka berleter tetap apa yang buat saya sendu, dia cukup sensitif…

Mak kata, saya ini dari dalam perut lagi telah menunjukkan reaksi kenakalan saya. Saya akui, saya memang nakal dan berbeza daripada adik-beradik yang lain. Saya tak suka dia kongkong saya, leter saya dan marah kat saya. Bukan saya nak derhaka pada seorang ibu, tapi saya nak mak jadi ‘open minded’. Saya nak dia berfikiran macam saya, ikut saya, tapi saya tak sedar hati tuanya terluka dengan ego saya…

Dulu, saya memang tak sekepala dengan mak. Bila dekat kami selalu bertengkar. Namun, apabila sakit mak lah tempat mengadu terutama sakit yang berkaitan dengan seorang wanita. Kami adik-beradik tak segan silu untuk berbincang kepadanya.

Saya mulai baik dan mesra dengan mak apabila beliau jatuh sakit. Kadangkala, di saat kita hampir kehilangan seseorang itu barulah kita akan menyedari betapa kita amat menyayangi dirinya. Saya rindukan leterannya yang dulu. Sehinggalah pada petang Jumaat, 24 Mac 2000, mak menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan suaminya yang tercinta; yakni ayahku. Tapi saya cukup terkilan kerana tidak dapat menatap wajah mak untuk kali terakhir. Pada masa itu, saya baru melangkah ke universiti ini. Cuma, apa yang perlu saya ingat, mak pernah berpesan, jika kami merinduinya, janganlah bersedih. Cukup sekadar menghadiahkan surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas serta jika rajin, bacalah surah Yasin buat dirinya di sana…

Kepada temanku yang makin dewasa, “Kalau di suatu ketika kalian terluka, carilah penawar air manik astagina, pada sudut mata bonda, pada ceruk hati ayahanda.”


*Ini coretan yang pernah saya tulis sebelum tahu nak berblogger nie.

Hari ini, 10 Mei 2009 adalah Hari Ibu. Cepat benar hati ingin menangis bila mengenangkan saat ini. Hari ini juga saya berdiri sebagai seorang penulis untuk memberi kesedaran kepada umum; cerita suka, duka, membangun dan jatuhnya isu negara. Namun, isu hati dan perasaan tidak pernah saya tolak ketepi.

Saya masih ingat, semasa saya mengadakan ‘presentation’ untuk assignment nie, saya tak dapat tidur semalaman. Karangan ni saya cipta bersama adik (juga belajar di universiti yang sama). Dia (adik saya) mengingatkan saya apa yang berlaku semasa saya kecil, kemudian olahan cerita daripada saya sendiri.

Keesokan paginya (pagi Jumaat tu) saya terlewat sedikit ‘attend’ kelas sebab masih terasa ‘hanyut’ sebab tak cukup tidur. Presentation ni adalah minggu kedua diadakan. Ada student yang dah lepas dah present minggu sebelumnya.

Sudah laa saya termengah-mengah naik bukit masuk kelas, tiba2 saja masuk kelas, Pn Amelia suruh saya 1st person present pagi tu. Walaupun termengah2, saya kuatkan semangat dan pagi itu saya present seolah2 diri saya melayang.

Pada mulanya, semasa saya ceritakan perihal ayah, satu kelas gelak dan ketawa dngan ‘cerita’ saya. Malahan, Pn Amelia beri tepukan semasa saya katakan ayah saya suka basuh baju sendiri. Namun, apabila tiba ‘part’ ibu, satu demi satu satu suara esakan dan tangisan saya dengar belum pun habis saya present. Lebih memilukan apabila saya ungkap tentang kematian ibu dalam ‘suara tangisan’ (suara empati, bukan simpati-menagih simpati ada la) dan apabila saya duduk, tepukan gemuruh dan tangisan saya dengar…Malahan, apabila Pn Amelia panggil student seterusnya, student tu masih hiba dan menangis lagi.

Kini, pengalaman menyayangi ibu dan disayangi sebagai ibu perlu kita hargai. Semoga-anak-anak kita nanti menghargai kita lebih daripada ini. Insya Allah…

4 comments:

  1. Air Manik Astagina-(Luka di Jari Kaki)

    Kalau luka jari kakimu
    tersepak batu, anakku
    kulitmu berlumur
    darah menyembur
    bangun kau anakku
    jangan kau gentar pada batu.
    Dengan tanganmu
    baling seterumu sejauh mau.

    Jangan kau biar bisa di kaki
    menular meracun hati.

    Batu semacam itu akan terus ada
    menyekat jalan di mana-mana.
    Kau harus waspada
    mengorak langkah setiap masa.

    Lihatlah anak, pada jari kakiku
    yang sering terlanggar batu.
    Lukanya sudah lama berlalu
    parutnya masih di situ.
    Bagiku anak, luka tidak lagi bisa.
    Alah batu kerana biasa.

    Kalau bila tikanya tiba
    Bisa di kakimu mencengkam jiwa,
    datanglah kau pada air mata mama.
    Air matanya Air Manik Astagina
    pengubat bisa lara.
    Datanglah pada doa bapa.
    Doanya Pedang Puspa Jentaka Wira
    pelebur batu durhaka.

    Hashim Yaacob
    8 Mac 1994

    ReplyDelete
  2. Air Manik Astagina-(Luka di Jari Kaki)

    Kalau luka jari kakimu
    tersepak batu, anakku
    kulitmu berlumur
    darah menyembur
    bangun kau anakku
    jangan kau gentar pada batu.
    Dengan tanganmu
    baling seterumu sejauh mau.

    Jangan kau biar bisa di kaki
    menular meracun hati.

    Batu semacam itu akan terus ada
    menyekat jalan di mana-mana.
    Kau harus waspada
    mengorak langkah setiap masa.

    Lihatlah anak, pada jari kakiku
    yang sering terlanggar batu.
    Lukanya sudah lama berlalu
    parutnya masih di situ.
    Bagiku anak, luka tidak lagi bisa.
    Alah batu kerana biasa.

    Kalau bila tikanya tiba
    Bisa di kakimu mencengkam jiwa,
    datanglah kau pada air mata mama.
    Air matanya Air Manik Astagina
    pengubat bisa lara.
    Datanglah pada doa bapa.
    Doanya Pedang Puspa Jentaka Wira
    pelebur batu durhaka.

    Hashim Yaacob
    8 Mac 1994

    ReplyDelete
  3. air mata mengalir masa baca post ni...and suddenly i miss my grandparents...huu so touching! congrats chik soah...berjaya selami your parents...something that i never explore it..even i know how much i love them...thanks chik soah.....

    ReplyDelete
  4. bertahun2 mencari siapakah pencipta perkataan 'air manik astagina', baru saya tahu hebatnya karya Hashim Yaacob...terima kasih, terima kasih...

    ReplyDelete