Saturday, April 3, 2010

Akhirnya DIN pergi jua...




Akhirnya Din pergi…
Salam takziah kepada keluarga DJ terkenal, Allahyarham Din Beramboi...Akhirnya, dia pergi ketika NEGARA ini sangat memerlukan seorang pelawak spontan seperti beliau.

Jumaat memberi kesan paling bermakna kepada peminatnya yang tersendiri. Saya secara peribadi, tidak pernah bersua muka dengan beliau, namun setiap kali pergi dan balik kerja, dalam perjalanan, beliau dan Aznil (Pak Nil) menjadi penghibur...Ketika sedih, perasaan tertekan atau gembira, beliau mampu mencuit hati dari corong radio, tambah2 dengan gelak ketawa ‘orang sebelah’ nya (Pak Nil) di dalam konti Era...

Terkesima dengan pemergiannya, namun Allah lebih menyayanginya...Kadang-kadang saya rasakan saya baru sahaja mengikuti ‘peribadi’ beliau setelah segmen ‘Sawan Cara’ menyapa telinga...Terdetik di hati saya, “Din ini Allah berikan kepadanya keistimewaan, buat lawak spontan bukan mudah (untuk jadikan orang ketawa terbahak-bahak), tetapi dia mampu. Kuasa apa yea dia boleh buat perkara seperti ini..Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya”...Tetapi saya tidak lupa, PENGALAMAN beliau sebagai kartunis memang memberi kesan terhadap lawaknya di radio dan di mana-mana...Saya tidak pernah prejudis terhadapnya kerana seni lawaknya begitu unik, malahan saya sekali-skala terfikir, ‘daya fikir mana yang beliau gunakan untuk jadikan semua orang terhibur?’..Anugerah Allah itu Maha Hebat sebenarnya...MasyaAllah...orang yang sering buat orang lain ketawa, kita jangan pula lupa, hati menangis siapa tahu...

Itu hanya firasat saya dari jauh, sekadar menjadi pendengar radio yang sekali-skala saya buka semasa berada di atas kereta. Selebihnya, saya akui saya banyak ketinggalan dengan perkembangan semasa beliau...Jarang-jarang juga saya lihat beliau menjadi juri Raja Lawak baru-baru ini. Kekangan kerja, namun Din Beramboi memang melekat di hati sebagai DJ yang sangat berjaya dalam ‘tema’nya sebagai DJ Lawak...

Baru sahaja dua hari lalu suami saya bercakap penuh minat mengenai kejayaan beliau dalam segmen Sawan Cara setelah berita beliau kritikal tersiar di media...Kata suami, setiap malam dia seolah-olah menanti segmen untuk mendengar celoteh Din...Pagi ini, saya khabarkan Din sudah pergi..suami sedih..Dia termenung panjang...katanya begini “Patut lah 2,3 hari ini abang mahu sahaja dengar dia buat lawak, rasa tidak puas, sekarang suara itu sudah tiada...Al-Fatihah!”...

Din Beramboi bukanlah kawan baik kami, bukan juga kenalan, jauh sekali saudara-mara kami, tetapi jasa yang Din berikan seolah-olah beliau begitu ‘dekat’ dengan semua orang yang mengikuti lawak sehariannya...Semoga Allah mencucuri roh beliau, Amin Ya Rabbal Alamin...

Sekarang saya tergambar, itu perasaan suami saya yang sangat jauh tidak mengenali Din Beramboi secara dekat. Dekatnya hanya pada corong telinga di radio sahaja... Bagaimana yea perasaan Aznil yang setiap kali lawak spontan itu dibuat oleh Din, dia ketawa berdekah-dekah, berjela-jela dan tidak kering gusi...Semoga mereka yang rapat dengan Din terus tabah dan redha dengan pemergian Din Beramboi.

Al-Fatihah...