Saturday, December 12, 2009

Cerita peniaga...

Sebentar tadi akue lunch bersama suami di salah sebuah gerai di pengkalan chepa, dekat ofis akue. kuew tiew celup. ketika sampai, hanya ada satu meja yang dipenuhi pelanggan satu geng. sesudah aku makan, pandang keliling, rupa2 ada 3, 4 meja terisi pelanggan. siap makan, suami bagitau 'kira'. hanya dua pekerja di gerai itu. suasana nampak agak biasa, tidak juga sesibuk mane.

pelayan utk kira belum sampai2 juga. kami menjenguk, kemudian suami terpandang kepada pekerja lelaki. pekerja wanita sediakan 4 nasi ayam. tadi pekerja lelaki itu buat air di dapur. kemudian, ada pelanggan mahu air kelapa, dia bergegas kopek kelapa, terkejar2...Lalu suami aku berkata, "Lihat, kerja di mana pun, penat mestilah penat. tengok mereka, berkejar2 ke situ ke sini, tak kira penat dah, asal kehendak pelanggan dipenuhi."...Ermmm, iye laa, kadang2 ada pelanggan tidak sabar, menyalahkan peniaga..sepatutnya kita kena faham jugak situasi mereka. banyakkan bersabar. sabar dan sesekali jangan lupa berikan senyuman sambil membayar duit, sekurang2nya dengan senyuman kita penat mereka turut berbayar...jangan perlekehkan mereka, mereka cari makan, berusaha dan berikhtiar seperti kita...

Meniaga itu mulia, namun ada ketikanya kita perlu ada kekuatan, tafakur diri dan saling beri kepercayaan. semoga di antara kita saling faham-memahami, insya Allah...

Saturday, November 28, 2009

Jawapan kepada coretan 'hargailah mereka'...

Air Manik Astagina-(Luka di Jari Kaki)

Kalau luka jari kakimu
tersepak batu, anakku
kulitmu berlumur
darah menyembur
bangun kau anakku
jangan kau gentar pada batu.
Dengan tanganmu
baling seterumu sejauh mau.

Jangan kau biar bisa di kaki
menular meracun hati.

Batu semacam itu akan terus ada
menyekat jalan di mana-mana.
Kau harus waspada
mengorak langkah setiap masa.

Lihatlah anak, pada jari kakiku
yang sering terlanggar batu.
Lukanya sudah lama berlalu
parutnya masih di situ.
Bagiku anak, luka tidak lagi bisa.
Alah batu kerana biasa.

Kalau bila tikanya tiba
Bisa di kakimu mencengkam jiwa,
datanglah kau pada air mata mama.
Air matanya Air Manik Astagina
pengubat bisa lara.
Datanglah pada doa bapa.
Doanya Pedang Puspa Jentaka Wira
pelebur batu durhaka.

Hashim Yaacob
8 Mac 1994

* Aku tidak pula menyangka pada perkataan 'air manik astagina', ada puisi yang sangat indah ada di dalamnya...

Saturday, November 21, 2009

'Second wave'...

Banjir di hati???


Second wave flood ke? Rasanya banjir kali ke-2 akan datang lagi. Sekarang ini pun air sudah naik, tetapi belum mengatasi first wave beberapa minggu lalu... Dengan suasana yang mendung, gelap, hujan yang turun sekali-sekali mendinginkan hati aku. Namun, ada faktor kenapa hati aku dingin....

Hari ini cuti kerja. Duduk dengan anak2 memberi ketenangan walaupun diorang nampaknya boring jer dok kat rumah, x kuar rumah. huhu. Suami aku (baru keluar g kubang kerian) memberi dorongan kuat dan katanya sudah tidak sabar mahu melihat apa yang aku tulis dlm blog....

Kalau musim hujan yg sangat gelap begini satu jeerrr yg akue ingat iaitu kenangan banjir masa kecik2...Awal 80-an...Masa tu umur aku dalam darjah 2, 3 tu aku memang tak lekat di rumah. Pulak bila bangun pagi2 (setelah masa nak tido malamnya hujan x henti2 dua hari berturut-turut) buka pintu depan rumah tengok air dah naik tangga rumah..yahooooo!! boleh main air...

Hari pertama memang banyak baju jadi mangsa basahan. Pagi paling tidak dua kali gie sukat banjir kat kawasan sungai (rumah aku dekat jerr ngan sungai- 50 meter je kot)... Kalau tempat airnya tak laju, rasa macam tak adventure, jadi akue dan kawan2 gie mandi kat air deras. Air deras nie berdekatan sungai tapi tak laa dekat sangat. Masa tu jalan dah diturap jadi air tu atas jalan berturap. Mandi air sungai yang melimpah-ruah di atas jalan nie seronok sebab airnya bersih, bukan air takungan...

Dah penat mandi, kami pun pulang la melaporkan kepada sesiapa yang belum keluar tengok air separas mana air masa tu... Balik tu x terus naik atas rumah, sebaliknya duk di pekarangan rumah sebab di situ ada 'gok arang'. Masa tu ayah aku merupakan pengusaha kayu arang jenis rambutan tersohor..kua, kua, kua. Memang glemer la tempat nie sebab di samping usaha 'mengisi arang', ada arang2 yg kurang hangus ayah aku kumpulkan dan jadikan satu tempat 'memanaskan badan' dengan bara api di tengahnya dan ramai benar peminatnya yg mengerumumi tempat pemanasan nie...Tak tahan nya sipa ada yang tanda kan tempatnya. hehe. Paling tidak pun, sementara tunggu baju basah jadi kering, kami sempat laa cabut ubi2 kayu dan lempar ke dalam bara api tadi...dok dalam 15 minit, masak laa ubi kayu bakar fresh...makan ramai2 alas daun pisang...alahai...sedap nyeeee.....keluar asap masa makan (sebab suasana sejuk hujan). Best kan kalo ada gambar ketika itu, tapi ia kini hanya tinggal kenangan di hati kami.

Petang pulak, mau tiga kali kami sukat paras air. Tapi biasanya kami cipta laa aktiviti yg memang bagi kenangan dan kalu tak buat betapa rugi nya sebab banjir hanya datang dalam 2,3 hari aje. Apa yer??? kami reka la buat 'rakit' guna batang pisang...huhu. tapi, nak 'handle' batang pisang nie tak boleh budak2 kecik...kena naik dengan budak2 besar takut tenggelam...Bagi mengelak ia licin, batang pisang nie dibuang bahagian tengah (buat bentuk melengkung) dan kami pun mendayung (guna batang kayu ajer) laa macam naik kayak. huk..huk ya huikkkk....

Ada yang lebih mencabar dan sengaja diada2kan oleh budak2 lelaki besar (sekolah menengah). Mereka nie lagi kreatif, tebang2 pokok buluh, ikat2 buat rakit betul2. Naik 3,4 orang. Mereka tak berakit laa kat air x dalam, terus masuk kawasan sungai (time banjir air sungai memang dalam dan sangat deras)...Memang mencabar dan merimaskan tetapi masa akue kecik, tak ade pun kes lemas ke, mati lemas ke...tidak seperti sekarang, banjir baru bermula, ada 2,3 kes maut dahhh....

Ada tue sengaja mencipta rekod handalan dengan berpakar ramai2. Yang ni permainan mengikut umur dan kemahiran orang tertentu sahaja. Under age, tengok saje, jangan nak cuba2... Mereka (dalam 5 lima orang), setting dan 'berlumba berenang di air sungai deras' semasa banjir...Fuhhhhh, dalam bersorak tetap ada bimbang takut mereka lemas, tapi memang tak ada yg lemas, cuma yang ada sape nombor satu dan last dalam pertandingan olok2 tadi.. bertarung nyawa, tapi...zaman itu zaman mereka yang kuat semangat. Orang zaman sekarang rasanya tak boleh dah kut buat begitu...

Itu kenangan... Itu masa kami kecil dahulu. Sekarang, ada yang kerja yg ada standard di bandar, dan ada juga yang kerja kampung. Tapi, 'kenangan itu padamkan jangan'. Tanya mereka, mereka pasti tersenyum. huhu...

Sekarang bila banjir, meloncat jugak laa tengok air kat depan tangga rumah. Paling tidak pun, kami anak beranak harungi air nak ambil gambar sebagai ingatan semata-mata. Tapi dah tidak ada laa batang pisang, perlumbaan rakit dan perlumbaan berenang. Yang ada aku lihat anak sedara akue ambik peluang sebelum tangkap gambar; chik soah ambik gambar yea, sahir nak berenang'. lokasinya bukan di sungai, tetapi di hadapan perumahan yang airnya dalam...hehe!

Apa kata yer sekiranya anak2 kita minta izin boleh tak nak berlumba2 di sungai ketika air nya dalam dan derassss..eeee, tak boleh, tak boleh. kalu akue, aku tak bagi..jangan! jangan! hehe...

Friday, November 13, 2009

Ratu Bayi Foto Comel







Ratu Bayi Kelantan






Inilah rupa2 Ratu Bayi Kelantan yang menang nombor 1 semasa Pertandingan Foto Bayi Comel 2009 anjuran Pantai Timur Hypermarket. Namanya Tihanie Assyifa Mohd Azahar, anak kepada kakitangan Telekom Kota Bharu dan ibunya suri rumah (business woman kat rumah katanya). Dia anak bongsu daripada empat beradik...Memang comelllll dan fotogenik. Minat benar dia tengok kamera! Klik, klik, dapat RM5,000 hari ini. Memang tiada dosa betul riak wajah kanak2 yer...Masa belum diumumkan tadi, aku dah nampak kanak2 ini paling menonjol sebab aku berkenan pada baju merah putihnya, ada skaf merah di atas kepala, ingat nak tanya mak dia beli kat mana baju nie..(nak beli gak kat Aleesya). Rupa2nya dialah juara! Tahniah! Bukan setakat pada foto, tapi memang comei kat luar!


Best nya...Dinobat bayi paling comei dan fotogenik. Betapa bangga ibu bapanya. Wajah ibu atau wajah bapanya yang dicari apabila melihat wajah kanak2 yang comel kan...huhu. Ini kerana ibu nya berani menampilkan anaknya, kesungguhan itu berbaloi. Sekarang ceritanya bukan hadiah atau wang ringgit, namun ia memberi satu kenangan paling bermakna bagi bayi yang baru melangkah dalam hidup...dan kemenangan itu disukai ramai, dapat frame foto comei dan masuk paper..itu yang unik nya dunia kanak2 dan apabila dia dewasa, harap2nya kesungguhan ibu bapanya dihargai...InsyaAllah!


Apapun...aku tetap menghargai anak2ku Putri Aleesya dan Putra Eilman Al-Ziq...Amat fotogenik pada mataku...Ya Allah, syukur! Harapnya mereka juga fotogenik di mata umum. InsyaAllah...

Thursday, November 12, 2009

Mereka tiada dosa...







Salam hari Jumaat...

Semalam (pagi) masa tengah gosok baju nak gie kerja, aku letak anak, Eilman dan kakaknya, Aleesya atas tilam depan tv. Dua2 dok minum susu botol. Tiba2 aku dengar Eilman menangis sebab jatuh tilam..Aku tengok botol susu adik bawah badan Aleesya. Akue tanya Aleesya kenapa dia tak tengok adik nak jatuh tadi dan bagitau aku sebab aku tengah gosok baju, tak nampak...Aleesya dengan selamba jawab "Ma, Esok deh Kak Leesya tengok adik...". Huhu, menyampah akue. Nak marah pun tak jadi sebab Aleesya nie sering sangat dah mengeluarkan 'perkataan' biasa baginya, lucu bagi akue....

Masa dekat function khatam al-Quran j-QAF kat BTP negeri, ramai budak2 sekolah yg terlibat dengan pertandingan. Paling best acara Kalam Jamai'e (macam coral speaking) tapi dalam bahasa Arab. Lagi yang best nye dikir barat dalam bahasa Arab. Yang menariknya, peserta tu budak sekolah rendah, tengah comei2 lagi muka. Sebab gaya persembahan yang cukup cantik, ada style masa mula2 keluar depan pentas, semua tergelak tengok diorang...Pandai budak nie sedangkan bukan mudah nak hafal dalam bahasa Arab tuuu...berapa lama yer mereka berlatih dan berlatih sehingga petah sebegitu...? Dan paling akue ingat, aku bagitau kat wartawan sebelah, comei nya tengok muka budak2 nie...Dia jawab, sebab apa??? sebab budak2 nie tak de dosa....

Bila pikir2 semula... Yelah, betul...Kenapa apabila kita pandang bayi dan kanak2 hati kita yang tengah marah, tension, tiba2 sejuk mata memandang mereka...benarlah, sebab mereka tiada dosa...Tidak percaya, nanti pandanglah wajah anak2 atau adik2 kita yang masih baby or kanak2 masa tengah bercelaru...Kita akan rasa 'keunikan' dan 'keistimewaan' perasaan itu...Tapi akue sedih la jugak, aku ajak member wartawan tu makan mi celup dkt gerai depan (tak mau makan kat function). Habis makan, aku nak bayar, cari punya cari duit, tiba2 tak ade...Tadi duit tu ada lepas masuk minyak kereta pakai duit tu, anak sedara aku letak dalam zip beg...huhu, aku cari2 tak ada. Member pulak yang belanja akue. Maluuu. Baru lah aku ingat, tadi dekat function tu aku tinggalkan beg tu sebab nak ambik gambar kat depan pentas...Moral of the story; walaupun function agama, jangan ingat tak dak kes sosial di situ. Bawalah 'harta' tu sentiasa bersama2 kita...

Ok, jumpa lagi yerrr....

Monday, November 9, 2009

Hargailah mereka...

Presentation Sociology (Pn Amelia)
UiTM Shah Alam
Friday, 10 a.m, February 15th 2002

-----------------------
ORANG YANG BANYAK MEMPENGARUHI HIDUP SAYA

Kehidupan saya bermula dengan menyayangi kedua ibu bapa saya. Apabila saya mula meningkat dewasa, saya hebat menilai mereka. Kadang-kadang saya memaafkan kedua-duanya. Belum tentu saya seperti mereka!

Orang pertama yang banyak mempengaruhi hidup saya ialah ayah saya. Ayah seorang yang pendiam, tapi murah dengan senyuman. Saya cukup baik dengan ayah. Semasa mak saya ada, saya anggap ayah memahami anak-anak. Ayah tak suka berleter. Kalau dia marah, cukup sekadar diam dan bermasam muka - Maka tahulah kami ayah marah. Ayah selalu beritahu mak jika tak puas hati dengan anak-anak. Manakala mak akan sampaikan kepada kami. Ayah suka buat lawak hingga orang tak kering gusi dengan jenakanya. Lawaknya kian menjadi-jadi bilamana mak sedang berleter, tetapi ayah buat main-main je, sambil buat macam-macam gaya, nak kasi mak ketawa. Sehinggakan mak tak jadi marah dan bertukar menjadi perkara lucu padanya. Saya suka tengok kehidupan bahagia mereka.

Suatu masa dahulu, semasa kami kecil, tiada pengalaman yang paling indah melainkan bersama ayah. Dia ajar kami berenang di sungai berdekatan rumah. Budak-budak suka berderet-deret ikut ayah ke sungai. Tak kesah laaa anak siapa, semuanya ikut. Seronok. Ibu bapa mereka pula tak risau jika anak-anak mereka mandi bersama ayah dan kami. Tapi mak pula sangat risau kalau kami mandi-manda. Apa lagi, ayah selalu menjadi mangsa leteran mak kerana pandai-memandai bawa budak-budak.

Ayah tak cerewet makan. Katanya, asalkan halal dan bersih. Ayah kerja kampung je – Pandu lori kecil angkut barang. Walau bekerja jauh macam mana pun, ayah tetap balik makan kat rumah. Ayah pandai berjimat, tetapi kami hanya tahu membazir sahaja. Maklum laa ramai…

Satu lagi ,ayah suka basuh bajunya sendiri. Dia basuh bajunya masa mandi. Katanya, cukup puas hati bila dia sendiri yang basuh. Dari dulu sampai sekarang, itulah tabiatnya…

Ayah suka ambil tahu perihal sekolah anak-anaknya. Saya sangat menyanjungi penat lelah ayah yang selalu menghantar saya ke sekolah sejak darjah satu hinggalah ke tingkatan enam. Beliau menemani saya belajar. Konon-kononnya tengok bola atau gusti, tapi saya tahu ayah nak temankan saya belajar lewat malam. Pada saya, itulah dorongan paling kuat untuk saya berjaya.

Orang kedua yang banyak mempengaruhi hidup saya ialah mak saya. Kata orang, walau berada dalam keadaan berbeza sekalipun, namun sejak dari rahim lagi, anak dan ibu tidak dapat dipisahkan lantaran mereka telah berkongsi satu tali pusat. Itulah keistimewaan yang paling utama bagi seorang ibu.

Pada saya, sampai ke hari ini saya masih hairan dan kagum bagaimana mak dapat melahirkan 12 orang anaknya. Tentu saya lebih memahaminya bilamana saya mejadi ibu kelak. Mak saya hanyalah seorang wanita tabah yang seluruh hidupnya dihabiskan di kampung. Jika dilihat dengan mata kasar, riak wajah mak nampak seolah-olah serius, tetapi sebenarnya bagi saya dialah orang yang paling baik hati di dunia (saya tahulah). Jika dikenang-kenang, mak memang seorang yang garang, suka berleter tetap apa yang buat saya sendu, dia cukup sensitif…

Mak kata, saya ini dari dalam perut lagi telah menunjukkan reaksi kenakalan saya. Saya akui, saya memang nakal dan berbeza daripada adik-beradik yang lain. Saya tak suka dia kongkong saya, leter saya dan marah kat saya. Bukan saya nak derhaka pada seorang ibu, tapi saya nak mak jadi ‘open minded’. Saya nak dia berfikiran macam saya, ikut saya, tapi saya tak sedar hati tuanya terluka dengan ego saya…

Dulu, saya memang tak sekepala dengan mak. Bila dekat kami selalu bertengkar. Namun, apabila sakit mak lah tempat mengadu terutama sakit yang berkaitan dengan seorang wanita. Kami adik-beradik tak segan silu untuk berbincang kepadanya.

Saya mulai baik dan mesra dengan mak apabila beliau jatuh sakit. Kadangkala, di saat kita hampir kehilangan seseorang itu barulah kita akan menyedari betapa kita amat menyayangi dirinya. Saya rindukan leterannya yang dulu. Sehinggalah pada petang Jumaat, 24 Mac 2000, mak menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan suaminya yang tercinta; yakni ayahku. Tapi saya cukup terkilan kerana tidak dapat menatap wajah mak untuk kali terakhir. Pada masa itu, saya baru melangkah ke universiti ini. Cuma, apa yang perlu saya ingat, mak pernah berpesan, jika kami merinduinya, janganlah bersedih. Cukup sekadar menghadiahkan surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas serta jika rajin, bacalah surah Yasin buat dirinya di sana…

Kepada temanku yang makin dewasa, “Kalau di suatu ketika kalian terluka, carilah penawar air manik astagina, pada sudut mata bonda, pada ceruk hati ayahanda.”


*Ini coretan yang pernah saya tulis sebelum tahu nak berblogger nie.

Hari ini, 10 Mei 2009 adalah Hari Ibu. Cepat benar hati ingin menangis bila mengenangkan saat ini. Hari ini juga saya berdiri sebagai seorang penulis untuk memberi kesedaran kepada umum; cerita suka, duka, membangun dan jatuhnya isu negara. Namun, isu hati dan perasaan tidak pernah saya tolak ketepi.

Saya masih ingat, semasa saya mengadakan ‘presentation’ untuk assignment nie, saya tak dapat tidur semalaman. Karangan ni saya cipta bersama adik (juga belajar di universiti yang sama). Dia (adik saya) mengingatkan saya apa yang berlaku semasa saya kecil, kemudian olahan cerita daripada saya sendiri.

Keesokan paginya (pagi Jumaat tu) saya terlewat sedikit ‘attend’ kelas sebab masih terasa ‘hanyut’ sebab tak cukup tidur. Presentation ni adalah minggu kedua diadakan. Ada student yang dah lepas dah present minggu sebelumnya.

Sudah laa saya termengah-mengah naik bukit masuk kelas, tiba2 saja masuk kelas, Pn Amelia suruh saya 1st person present pagi tu. Walaupun termengah2, saya kuatkan semangat dan pagi itu saya present seolah2 diri saya melayang.

Pada mulanya, semasa saya ceritakan perihal ayah, satu kelas gelak dan ketawa dngan ‘cerita’ saya. Malahan, Pn Amelia beri tepukan semasa saya katakan ayah saya suka basuh baju sendiri. Namun, apabila tiba ‘part’ ibu, satu demi satu satu suara esakan dan tangisan saya dengar belum pun habis saya present. Lebih memilukan apabila saya ungkap tentang kematian ibu dalam ‘suara tangisan’ (suara empati, bukan simpati-menagih simpati ada la) dan apabila saya duduk, tepukan gemuruh dan tangisan saya dengar…Malahan, apabila Pn Amelia panggil student seterusnya, student tu masih hiba dan menangis lagi.

Kini, pengalaman menyayangi ibu dan disayangi sebagai ibu perlu kita hargai. Semoga-anak-anak kita nanti menghargai kita lebih daripada ini. Insya Allah…

Sunday, November 8, 2009

Inilah dunia SOAH

Kenapa nama SOAH?

Macam pelik kan? Cerita nama SOAH aku peroleh daripada nama penuh akue sendiri HABSAH. Kat kampung lebih dikenali sebagai SOH. Tapi, one of my fren, masa form 3 kat SM Melor, namanya Leenda (masa tu dia baru masuk sek tu dari sek naim lilbanat) dok blakang akue kat 3 Melor. Dia suke tulis note2 kecik pasing2 kalu ngantok masa blajar. Dia tulis dalam satu kertas kecik, SOAH.

So, aku pakai nama ni masa mula2 masuk UiTM (kolej kenanga 4-K4). Akue ditempatkan di dorm 17. Dorm nie panjang & sepatutnnya ramai student duduk, tapi xdak orang duduk. Dapat kunci, tapi hanya letak pakaian & tido tempat lain. Masa tue aku fikir, kalu aku tdo situ, sorang2 aku takottt, so aku tumpang tido kat kolej chempaka. Satu hari, pintu bilik tu kna padlock. Tak tau laa sape yg buat, sedangkan baju aku kat dalam tue. Sebab tension, aku pun tinggalkan nota "Jangan kunci bilik ini sebab baju saya ada di dalam ni-SOAH".

Bila kami semua dah pakat2 tinggal, cerita semula ramai2, 17 orang yang tinggal bersama-sama kate ingatkan nama SOAH ni nama Cina. Diorang pelik sebab UiTM mane ada non-bumi..Huhu. Rupe2nya aku Mek Klate...nama jerr glamor. Satu lagi..bila aku introduce kat semua penghuni K4 (Masa minggu suaikenal kolej), senior Mass Comm menjerit ramai2..."Nak tahuuuu, nama dia....SOAHHHHH!"... Nama aku HABSAH adalah salah satu nama isteri Rasulullah SAW...HAFSAH...Nama lama, tapi masih wujud pada zaman sekarang...Akue anggap nama ni UNIK. Sebab apa?

Sebab nama ni ayah (aku panggil Cik) aku yang bagi...Mengikut cerita arwah Mek aku, nama aku diambil sempena kelahiran aku yang SUSAH sebab parent aku berSUSAH payah kena gie hospital sedangkan ketika itu bayi dilahirkan di rumah aje kecuali kelahiran yang SUSAH...Kata Mek aku, mula2, Cik aku nak letak nama aku SUSAH...tapi Mek aku bantah, nak letak nama SITI HAJAR...Cik pun pk nama yang lebih kurang sama, muncul laa nama HABSAH...dah dekat nama suSAH. Memang susah rasanya sebab dkt akue punya suratb beranak tertera 1.08am, 16 Januari 1979, 4 kg. Susah ke senang jadi aku yerrrr? Anyway, aku menghargai nama yang diberikan...Alhamdulillah!