Thursday, May 2, 2013

ANUGERAH AMANDA...

...Dari dua kepada tiga anak...terlalu lama blog ini ditinggalkan. Seperti biasa, ayat terbaik untuknya -----'MENYEPI BUKAN TANDA MELUPAI'.

Sekarang akue sudah bergelar ibu kepada tiga anak..hehe. Menariknya, anak ketiga ini dilahirkan penuh istimewa sebagai seorang bayi besar..big baby... 5.05 kilogram...operate. HUSM. 28 November 2012. 8 pagi. Lalu akue namakan dia sebagai PUTRI AZZALEA AMANDA, dan mesranya aku panggil AMANDA!

AMANDA adalah adik kepada dua anak2ku..PUTRI ALEESYA dan PUTRA EILMAN AL-ZIQ...
Biarpun dia lahir sebagai Big Baby..tetapi dia seorang bayi yang sangat baik... tidak banyak ragamnya.. dan sekarang dia berusia 5 bulan...kan, AMANDA kan..good girl, k...

ALEESYA dan EILMAN sudah pun bersekolah di IQ BESTARI MELOR.. ALEESYA enam tahun dan EILMAN empat tahun...dua2 dah pandai menulis dan membaca. Alhamdulillah!
Itu cerita ceriti anak2...Semoga mereka cepat membesar (Ini bermakna akue semakin tuwe, ok..hehe).

Di sebalik ANUGERAH AMANDA.. akue? aku masih di sini, bekerja sebagai pemberita di tempat kelahiran sendiri. Suami pula dari berniaga, kini dia bekerja semula dalam bidang swasta. Itu cukup melegakan kehidupan kami sekelurga.

Tidak banyak perubahan yang akue alami rasanya biarpun bertahun2 'meninggalkan' blog ini..Berkali2 encik suami meminta akue update blog ini, tetapi akue memang tidak berpeluang langsung seperti dahulu.

Anyway, pada hari Jumaat yang indah ini, akue ingin menyatakan masih banyak apa yang akue nak belum tercapai dan akue mendoakan diri sendiri semoga impian itu akan akue gapai jua..InsyaAllah!!!.

Selamat Mengundi pada Ahad ini. PRU13 ini semuanya mengajar kematangan pemikiran kita sebagai seorang rakyat, ok..

Saturday, June 25, 2011

rasanya sangat complicated

Masalah yang akue hadapi sekali lagi berulang. complicated jugak la tp aku perlu sabar, teliti dan berwaspada...ermm penatnya berfikir-fikir...semoga akue terus dapat ilham menghalau masalah ini jauh2 yea...aduhaiiii... dan semoga semua rasa prejudis itu tidak ada di kalangan 'mereka'...

hilang idea sebenarnya. hari ini kerja, kerja yang masa kerjanya tidak sama dengan org lain yg kebanyakan hari minggu menghabiskan masa bersama keluarga...tidak mengapa, hari lain akue boleh juga bersama keluarga...itu bkn masalah besar, tetapi sekarang aku perlu usir masalah yang berlingkar dengan akue...

Macam mana caranya??? Kena ada cara utk hadapi penyelesaian itu. Perlu tenang dan bertanyakan org yang lebih tahu, jika kita tidak tahu...

Cuma akue sentiasa berharap, semoga Allah maafkan mereka yang tidak tahu (yang sekali sekala berniat menyakitiku)..maafkan mereka lantaran mereka tidak tahu (kata suamiku) dan semoga kebenaran ini timbul jua..insyaAllah...

Sunday, April 3, 2011

Dia USAHAWAN...Dia suami akue

Akhirnya, dia bergelar Usahawan.. Berniaga motosikal di bandar yang kami tidak duduki, namun atas nasihat orang yang berpengalaman, kami buka di bandar Pasir Puteh. Perniagaan ini bermula sehari sebelum Ramadan tahun lalu sempena mengambil berkat bulan mulia dan kami sanggup hadapi cabaran yg jika dihitung ketika berlapar dahaga bukan mudah, namun atas kesabaran, niaga ini berterusan hingga hari ini. Bukan mudah untuk menjadi seperti yang kita mahu..Onak dan cabarannya bukan sedikit namun kami rempuh juga... Akue banyak libatkan diri utk bina empayar ini, tetapi sekarang, akue tidak lagi memberi fokus terhadapnya. Kekangan masa kerja dan lokasi menjadikan aku ambil tahu dari jauh... Sebelum memulakan cerita, aku ingin ucap SYABAS kepada suami terchenta..TAHNIAH sebab berjaya buat jualan yang dirasakan cukup baik (tapi perlu tambah lagi dan lagi dan lagii..)...TAHNIAH!!! akan bersambung

Monday, November 22, 2010

INGATAN BUAT GADIS

...SEORANG GADIS DAKWAH...
...MENYIMPAN IMANNYA ... DI BAWAH PURDAH...
...MENGURUNG NAFSUNYA...
...KE DALAM KELUBUNG...
...LEMBUT DAN BENING... LEMBUT DAN BENING...

...GADISKU...
...APAKAH ESOK...
...KELUBUNGMU AKAN LEBUR...
...PURDAHMU AKAN PECAH...
...IMANMU AKAN PARAH...
...NAFSUMU AKAN MENGGELEPAR...
...KERAS DAN BUAS... KERAS DAN BUAS...

* renungan yang dihantar oleh rakan penulisan (surat) pada 210797...dalam surat berkenaan, ditulisnya renungan ini diperoleh melalui seorang cikgu bernama adzhar alias.



Tuesday, October 12, 2010

111111

TARGET 111111

Jika semalam semua membuka mata dan minda bermain dengan angka keramat 101010, hari ini akue bertekad untuk mencipta ‘sesuatu’ yang unik dalam hidup kami sekeluarga. Kenapa 111111?...Hemmm…11,11 merupakan tarikh hari lahir suamiku, Afrizam. Angka 1 yang cukup bermakna menjadikan ia sebagai 11…111, 1111, 11111 dan seterusnya...

Jika semalam 101010 riuh menceritakan perkahwinan Angkasawan Negara, Dato’ Dr Sheikh Muszapar Shukor, KALAU BOLEH... akue mahu 111111 nanti ia memberi kenangan terindah buat kami semua... InsyaAllah...

Angka 1 memang memberi makna yang cukup bererti. Suami pernah kata, di dalam buku ESQ yang dibacakannya, di dalam pemahaman Islam, terdapat maksud bagi 111, 1111...yang itu akue kena confirm dengan dia dulu maksud2nya...tetapi semuanya memang menakjubkan...

*** Sebulan dua dan seminggu dua ini, kami suami isteri sibuk dengan projek baru (bisnes) yang kami usahakan untuk masa depan kami, anak-anak dan mereka yang bersama kami. Tuntutan usaha yang bukan sedikit, tetapi apa yang penting bersabar; Sabar dengan kata-kata orang sekeliling dan sabar menempuhi halangan..Kena kuat semangat dan apa yang penting... BERJAYA!

Menjadi diri akue tidak mudah. Kiri kanan akue dikenakan orang. Baru sahaja ingin rasa ceria, bahagia, namun semuanya tidak lama. Ada sahaja yang tidak mahu aku gembira (mungkin). Akue anggap itu kelemahan akue sendiri. Namun, kata suamiku begini; “Sayang ini berada dalam keadaan teraniaya...dianiayai dan ingat doa orang teraniaya, Allah mudah makbulkan. Jangan lupa berdoa apa sahaja yang baik2 dan ingatlah Allah itu Maha Besar,” katanya...

*cetusan ini ditulis pada 111010...tapi baru dimuatkan dalam blog ini.

Tuesday, July 13, 2010

ULANGTAHUN 5

06072010

HAPPY ANNIVERSARY! Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan Afrizam-Habsah Ke-5…!!! Tarikh kahwin kami 06.07.06. Seronok nie kalu dapat tulis dekat kad kecik, then letak di souvenir majlis kenduri kami sekali lagi. Ohhhooo, itu hanya imagine sajerrr… Kami tak buat pun dan kami hanya meraikannya sebagai hari kenangan kami diijabkabulkan…

Tahun ini akue nekad berazam akan memberikan suamiku sebuah GITAR idamannya… Akue tahu dia ada kemahiran yang cukup dahsyat untuk bermain gitar dan seingat akue dia pernah mengadakan persembahan untuk sambutan hari akhir pengawas di sekolah kami masa sekolah dahulu (1996).

Namun, katanya, kenangan gitar itu sudah lama hilang. Gitar itu akhirnya lebur dan menjadi abu setelah rumah yang didiaminya terbakar dalam satu kejadian yang mujurlah tiada nyawa yang terkorban…

Akue gemar bunyi petikan gitar dan akue ingin menjadi sebahagian kenangan terhadap perjuangan dunia gitar suamiku. Kasihankan dan akue lagi kesian apabila niat akue kali ini terkubur lagi. Akue ingat untuk menghadiahkannya pada hari ini, tetapi kali ini akue mungkin gagal lagi...Atas sebab apa?...Sebab apa yang akue harapkan tak dapat dan akue berdoa semoga ‘ada rezeki’ lain untuk tujuan ini. InsyaAllah...

...............

Kami berkahwin gantung. Statement tu seolah-olah kami pernah melakukan kesalahan moral yang tidak sepatutnya dibuat. Hehehe. Tidak sama sekali. Atas permintaan keluarga, kami terpaksa berkahwin awal. Bertunang pada 11.1.2006 dan kami merancang melangsungkan perkahwinan pada 11.11.2006 (tarikh lahir suami akue, Mr Afrizam)...Tapi..tarikh nie dipercepatkan sebab keluarga akue iaitu ayah aku (yang ku panggil Chek) mahukan kami disatukan dan bulan Julai dipilih oleh mertua (Ayah) akue atas persetujuan ramai walaupun ketika itu (ketika itu yea)...kedua-dua kami tidak setuju sebab duit tak cukup...Huahuau!

Namun, usaha membina masjid ini adalah niat yang mulia, selepas sehari perbincangan tersebut, masalah duit tue boleh settle dengan penuh keajaibannya tanpa perlu membayar bunga bank sehinggalah kami pun menjalani acara akad nikah di masjid (terima kasih kepada yang memberi bantuan tue), bergulai pada malamnya dan pagi esoknya sudah ke rumah mertua... Haha, langgar perjanjian!

Daripada panggilan ‘Demo’ ‘Kawe’ akhirnya bertukar menjadi ‘Abang’ ‘Sayang’. Tiga bulan berkahwin, kami pun bersanding bertiga (27.10.2010)...(kandungan sebulan)...Hehe, tak mahu ingat laa sebab akue kuat sangat alahan anak sulungku, Putri Aleesya... Daripada anak seorang, sekarang kami sudah mempunyai dua cahaya mata, seorang lagi, Putera Eilman Al-Ziq... Segala suka-duka bersama lelaki bernama suami ditempuhi bersama. Banyak suka dan tidak kurang juga ia diselit kedukaan. Berbanding tidak ada suami kepada ada suami, suatu pengalaman yang cukup berbeza, ajaib (miracle) dan semuanya berjalan atas kehendak Allah SWT.

...............

Kami merupakan rakan satu sekolah. Hanya kenal, berkawan agak rapat dan tidak pula bercinta ketika itu. Ditemukan semula selepas 10 tahun tidak bertemu dan tanpa bercinta panjang, kami ambil keputusan untuk berkahwin sebab dulu akue nie rakan kaunseling dia (selepas bertemu semula). Akue kagum apabila dia membacakan lirik lagu ‘Alhamdulillah’ dalam versi bahasa Inggeris. Walaupun tak pernah dengar, tapi akue tahu itu adalah lagu dan tekaan akue betul. Bertemu seketika, biarpun pernah kenal, sebelum merisik, akue minta izin untuk melakukan solat Isytikharah. Malam mula2 solat, tiada apa2 mimpi, malam kedua, keputusan sama-tiada mimpi dan pada malam ketiga, akue akui kebesaran Allah Subhanallah... Tanda Isytikharah itu bukan bergantung pada mimpi semata-mata, sebaliknya ia boleh cenderung kepada hati kita, semakin dekat dengan pasangan atau semakin berjauhan. Malam ketiga tue aku solat sebelum tidur dan selepas solat Isytikharah, tanpa bercakap dengan sesiapa, akue tidur. Sebelum subuh akue bermimpi begini;

“Dalam satu majlis (kenduri), di bawah khemah di hadapan rumah akue, akue lihat Afrizam memakai baju hitam (kameja) melayan tetamu-tetamu yang datang. Tidak duduk diam. Bergerak ke sana ke mari. Keadaan sangat ceria dan ramai tetamu datang. Akue hairan kenapa Afrizam (kawan sekolah akue) melayan tetamu depan rumah akue, kemudian akue terjaga dari tidur!!!”

-Maha Suci Allah, akue percaya kepada Qada’ dan Qadar Allah! Dia yang menentukan segala-gala-Nya dan akue terus SMS bakal tunang akue ketika itu (sebelum Subuh).

.................

Semoga perkahwinan yang dibina 5 tahun ini utuh meneruskan kesinambungannya menyusuri kebahagiaan dunia akhirat. Semoga akue dapat menyempurnakan impian akue untuk membeli sebuah gitar buat suami tercinta. GITAR, bukan sahaja bentuknya menarik, malahan akue sudah rindukan bunyi petikan yang dimainkan suami (ketika itu kawan sekolah) suatu masa dahulu. Selain GITAR, akue mahu dia miliki terjemahan Syamil Quran-MIRACLE. Semoga kami terus tabah mengharungi suka duka hidup berumah tangga ini. Semoga apa yang berlaku mematangkan kami untuk menjadi ‘papa dan mama’ yang memberi kebanggaan kepada putera dan puteri kami nanti. InsyaAllah...

Hari ini akue kagum kerana di belakang akue ada suami yang sanggup melayan kerenah akue sebagai seorang wanita paling emosi, sensitif, pemarah dan complicated... Akue tidak mahu nyatakan apa yang terbaik dia lakukan kerana semua itu tidak mampu akue ucapkan dengan kata-kata, Cukuplah akue katakan, aku bukan sahaja ada SUAMI TERBAIK, malahan anak-anak memiliki PAPA TERBAIK dalam hidup mereka. Hehe, iyelaaa, sebab itulahhhhh Aleesya tidur bawah ketiak papa...

Masih ada masa untuk aku fikirkan HADIAH TERBAIK apa perlu akue berikan padanya...

*tulisan ini ditulis pada 06072010 tapi baru diupdated dalam blog ini...maaf lambat...

Kenang

Sepi

Menyepi bukan tanda melupai. Tidak menulis dalam bolg bukan bermakna akue sudah lupakan dunia penulisan…Masih aktif dan ingatan terhadap blog sendiri tidak pernah padam, namun banyak kekangan terpaksa diharungi.

Aku tidak pernah SEPI daripada masalah. Mempunyai seorang suami memberi kekuatan kepada akue menempuhi dunia yang akue alami hari ini, esok dan selamanya... Selamanya????...Mana ada selamanya, satu masa yang entah bila, kita semua akan pergi, kan...

Di mana-mana aku pergi sekarang, aku hanya lebih banyak berdiam, menyepi diri dan terlalu takut memberikan kata-kata yang akue anggap dalam dunia pekerjaan akue sebagai ‘statement’...huahua...statement...

Akue terpaut pada satu email dari HQ ofis dan aku copy, paste untuk kenalan rapat, sebagai ingatan dan pedoman kepada kita semua semasa bekerja di bawah orang... Akue juga tidak lupa untuk belajar daripada pengalaman yang sudah akue jejaki dan semuanya seolah-olah terkena pada diri akue sendiri. Begini email tersebut yang akue tidak tahu siapa penulis original nya;

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.“Mengapa?” balas saya.“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.“Oh ramai encik…”“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.“Kakak, boleh saya bertanya?”“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.“Maksud encik?”“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’“Pasti ada! Insya-Allah.”“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!”“Kenapa?”“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?


Ok…akue nie sudah lama duduk dalam bidang pekerjaan (itu anggapan akue sahaja). Seawal akue darjah 3 (yang akue ingat) akue sudah bekerja daripada ayahanda sendiri…mengusahakan arang. Cerita arang nanti akue ceritakan kemudian sebab ada satu ‘objek kenangan’ yang akan akue ambik gambarnya nanti. Tapi kalu tak silap, tahun 1988, aku sudah mengambil upah bekerja. Lepas balik dari sekolah, aku tukar baju kepada baju compang-camping, kemudian aku bergelut dengan arang yang hitam dan berdebu. Sesak nafas aku menahan debu sebab akue bukan sahaja ‘mengisi’, tapi akue ambik upah punggah arang dan isi arang dalam guni (puting arang untuk orang pantang bersalin). Baru cerita debu dalam ‘gok’ (atau tempat arang dibakar selama sebulan) akue sudah sebak sendiri... itu belum cerita tangan akue yang luka dan tercalar hitam serta kasar...


Kemudian, pada malamnya pula akue ambil upah mengurut bonda dan ayahanda akue (Arwah Mek dan Chek akue). Biasanya satu malam, aku dapat la RM3. Amaun tu dah kira banyak untuk seorang akue yang baru darjah 3 ketika itu...Sebab tu lah usaha urut mengurut tu tak jadi masalah pada akue, tapi pada ketika itu akue ada terfikir, kenapa laa akue saja yang kena urut, kenapa orang lain tak perlu dan boleh tidur lena sebab akue urut dari jam 9 pm hingga 12 am. Lama, mengantuk pun akue tahan... Soalan dulu tu dah ada jawapannya sekarang. Memang dulu kita fikir ia menyusahkan kita, tapi sekarang, ia berbaloi-baloi-baloi..hehe
Habis STPM, arwah Mek nak sangat akue jadi cikgu. Dia minta abang ipar akue (cikgu) tolong jadikan akue guru ganti... Hehe, dapat la akue jadi cikgu ajar Bahasa Melayu dan Sains darjah 4-6 mengajar di sekolah lama akue dulu. Bergolek-golek akue tekejut tak boleh terima hakikat kena mengajar sekali ngan cikgu lama dulu, tapi nak buat macam mana, ikut kehendak arwah laa. Pengalaman handle kelas dan susun benda nak ajar hari2 aku belajar dengan cikgu praktikal. Ada sekali tuu akue tak dapat kawal kelas bising gile (kelas budak nakal). Pening akue. Macam pasar, mujur cikgu praktikal tolong gie marah budak2. Dia nie kecik sahaja badannya, orang Terengganu tapi suaranya mak oiiii, satu kelas diam kena marah kat dia.. hehe.
Masa akue belajar kat Shah Alam dulu pun akue bekerja. Partime. Balik kampung akue bawa ke sana tudung bawal dan keropok keping. Jual kat kenalan...Meniaga untuk tampung hidup di bumi orang. Memang laku tapi modal akue tak banyak, aku jual kecil-kecilan saje tapi berterusan time2 balik kampung hitung untung rugi.


Pertengahan semester pula akue buat partime banci penduduk dekat USJ Subang Jaya, dengan seorang member satu rumah. Keluar naik komuter, LRT, kemudian jalan kaki dari rumah ke rumah. Tekan loceng rumah orang dan laung ‘Morning, rural population!’. Kebanyakan rumah didiami penduduk bangsa Cina dan India. Masa tulis data dan interview orang, mata akue memang tidak lupa kerling anjing sebelah tuannya tepi pagar... Alahai, akue gerun dengan bunyi dan akue sokmo imagine kaki akue kena gigit.. Adoiiii!!!!! Imagine jerrr...Tapi pengalaman jadi pembanci nie seronok, memang tidak dapat dilupakan. Tahun ini (2010) tiba banci la yerrr..hehe, pada adik-adik yang masih muda tue, rebut peluang dan jadi pembanci terbaik tau!
Kerja, kerja juga tapi setiap kali cuti semester, akue tetap balik. Tak boleh, akue teringat kampung laa. Tambahan pula arwah Mek akue meninggal masa akue baru belajar, jadi akue tak mahu Chek SEPI dan risau mengenai akue dan adik di negeri orang...


Ada sekali rasanya akue tak balik cuti sem. Akue kerja di kilang kat Glenmarie. Kilang buat dialyzer (alat pencuci buah pinggang). Susahnya keje nak kena teliti pasang fiber dalam bekasnya. Kena pakai mask dan baju kesihatan khas macam angkasawan. Kena basuh tangan bila masuk makmal. Tapi punya laa kerja, kilang tu baru, pending bayar gaji dan ugut tak mahu bayar gaji. Dah tertekan sangat, kami sebagai pekerja akhirnya buat tuntutan dekat tenaga buruh, dapat laa gaji walaupun tak cukup. Akhirnya kilang itu disita oleh kerajaan. Macam2...
Tahun last belajar, akue buat pula partime sebagai Sorter di Pejabat Pos Bukit Raja (Shah Alam). Sisih surat kecik, lempar surat besar pada tempatnya dan angkat ‘beg opening’. Ini kerja berat dan hanya dilakukan oleh orang lelaki sahaja. Tapi akue konon2nya nak pecah tradisi pos kan, akue angkat dengan adik akue yang belajar sama dengan akue tuuu. Dia dah laa pakai kasut tumit tinggi dan penuh gaya, tapi kalu dia tak mahu angkat, aku bagi laa sepatah dua kata kat dia..bahawa hidup ini tidak mudah dan nak survive kena cari duit, jangan harap sangat kat orang lain...Tapi bab yang paling best, sebab akue aku member kepada pegawai di situ, akue dan adik akue diberi ‘job’ sobek-menyobek untuk pertandingan 5S unit Beg Opening... Beg Opening (BO) nie tempat guni surat mula2 sampai dan tugas pekerjanya sisih dalam bakul. Angkat guni pun berat, angkat bakul pun berat bagi seorang perempuan yang lemah seperti akue. Huhu, tapi kena buktikan akue boleh. Akue hias punya hias, lupakan kata2 orang. Fitnah macam2.. Ada tuu kata macam nie, ‘ye laa baik dengan bos keh (Puan Nora adalah member akue satu course di universiti) dan paling best tempat tu tak penah menang apa2 pertandingan sebelum nie, tiba2 dapat nombor SATUUUUUUUUUUUU... Yeahhhhh!!!!!! Haha, tapi semua nie idea Kak Nora, akue, adik akue dan seorang staf tunggu result SPM (nama Hizami) buat dan kami tukang tokok tambah sajer....


Uhhh banyak nyer cerita sekali tulis...


Habis belajar akue balik kampung. Boring tak boleh duduk sebab dah biasa kerja... Lalu akue bernekad sehelai sepinggang, selepas saje konvokesyen, akue terus minta izin sepatah ngan Chek akue nak keje. Keje, ape keje tak de lagi...Akue keje kat Metrojaya di Seksyen 14, PJ... Gie balik dengan bas, jam 10 malam balik, bas dah takde dan akue dah biasa balik jalan kaki sorang2, malam2...eee, takutttt tapi akue buat2 berani. Dah kata nak keje, keje laaa. Sebulan kemudian, sambil keje tu aku survei kat tempat lain berdekatan. Dapat keje butik pakaian lelaki, buat blezzer berjenama yang namanya ada kat TV3 sekarang... Kat sini akue jadi Customer Service @ Cashier. Keje front desk...layan pelanggan masuk butik, buat akaun dan masukkan duit or cek dalam bank...


Kemudian, akue pikir2 kena keje ikot bidang pulak, rasa dunia ini sangat SEPI tanpa penulisan. Huahua.. Dapat keje kat Gombak., menulis berita dan membuat keje penyuntingan. Ada yang tidak menarik di sini memandangkan ada banyak ‘gangguan’ kiri kanan, lalu aku beralih pula kepada keje kontrak jadi kaunselor remaja di LPPKN...haha, satu tempat yang comei, baru dibuka dan memerlukan kerja keras bagi mempromosikan tempat tu di mata umum... Dalam tengah bandar KL nie, aku buat satu aktiviti yang akue sendiri cari kelainan. Ajar budak2 KL buat nasi kerabu warna biru...Ahha, hepi nye remaja2 ini sebab masa mereka hiris2 ulam, mereka kata inilah pengalaman kenegerian Kelata yang sebelum nie jumpe kat pasar malam, boleh buat sendiri rupanya... hehe


Sekarang akue bekerja dalam dunia yang juga masih dalam bidang penulisan. Suka duka akue tetap harungi, manis dan pahit dalam hidup, ini rezekinya... Dan kalaupun nanti akue tidak berada di sini, aku hargai pengalaman yang akue sudah mampu mengenali kawan dan sahabat sebenar dalam hidup akue. Mungkin juga akue ada arah tuju yang akue pilih sendiri untuk suami dan anak-anak akue... untuk masa depan kami. Sekarang, buatlah apa yang mereka mahu, akue hanya ingin berdiam sahaja. Bukan mengalah tapi ada satu pesan suami yang akue pegang di mana-mana: “Diam dan sabarlah mengharungi apa sahaja apa yang orang nak kata. Mereka hanya ingin menguji. Biarlah kita berdiam dan biarlah Allah yang ‘menggerakkan’ alam ini bagi menentukan kita ini macam mana. Jika kita berbuat baik, Allah akan gerakkan alam ini bahawa kita baik dan jika kita berbuat kejahatan, Allah akan gerakkan alam sekeliling menggambarkan keburukan kita. Serahkan kepada Allah semuanya...”.


Apa pun yang akue buat sekarang ini dengan harapan akue tidak kacau orang lain dan akue tidak lagi dibelenggu oleh bayangan orang lain yang mengada-adakan cerita melalui koklusi mereka sendiri. Katalah apa saje, yang penting akue mahu majukan diri, rebut peluang yang ada dan buktikan daripada tangan tercalar memegang arang, akue boleh hidup dengan tenang dengan apa yang akue akan ‘buka nanti’... Tengah setting yang terbaik dan sentiasa berharap akue dan suami tabah mengharungi cabaran yang datang. InsyaAllah!


Ok, itu sahaja, lain kali cerita lagi...