Tuesday, July 13, 2010

ULANGTAHUN 5

06072010

HAPPY ANNIVERSARY! Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan Afrizam-Habsah Ke-5…!!! Tarikh kahwin kami 06.07.06. Seronok nie kalu dapat tulis dekat kad kecik, then letak di souvenir majlis kenduri kami sekali lagi. Ohhhooo, itu hanya imagine sajerrr… Kami tak buat pun dan kami hanya meraikannya sebagai hari kenangan kami diijabkabulkan…

Tahun ini akue nekad berazam akan memberikan suamiku sebuah GITAR idamannya… Akue tahu dia ada kemahiran yang cukup dahsyat untuk bermain gitar dan seingat akue dia pernah mengadakan persembahan untuk sambutan hari akhir pengawas di sekolah kami masa sekolah dahulu (1996).

Namun, katanya, kenangan gitar itu sudah lama hilang. Gitar itu akhirnya lebur dan menjadi abu setelah rumah yang didiaminya terbakar dalam satu kejadian yang mujurlah tiada nyawa yang terkorban…

Akue gemar bunyi petikan gitar dan akue ingin menjadi sebahagian kenangan terhadap perjuangan dunia gitar suamiku. Kasihankan dan akue lagi kesian apabila niat akue kali ini terkubur lagi. Akue ingat untuk menghadiahkannya pada hari ini, tetapi kali ini akue mungkin gagal lagi...Atas sebab apa?...Sebab apa yang akue harapkan tak dapat dan akue berdoa semoga ‘ada rezeki’ lain untuk tujuan ini. InsyaAllah...

...............

Kami berkahwin gantung. Statement tu seolah-olah kami pernah melakukan kesalahan moral yang tidak sepatutnya dibuat. Hehehe. Tidak sama sekali. Atas permintaan keluarga, kami terpaksa berkahwin awal. Bertunang pada 11.1.2006 dan kami merancang melangsungkan perkahwinan pada 11.11.2006 (tarikh lahir suami akue, Mr Afrizam)...Tapi..tarikh nie dipercepatkan sebab keluarga akue iaitu ayah aku (yang ku panggil Chek) mahukan kami disatukan dan bulan Julai dipilih oleh mertua (Ayah) akue atas persetujuan ramai walaupun ketika itu (ketika itu yea)...kedua-dua kami tidak setuju sebab duit tak cukup...Huahuau!

Namun, usaha membina masjid ini adalah niat yang mulia, selepas sehari perbincangan tersebut, masalah duit tue boleh settle dengan penuh keajaibannya tanpa perlu membayar bunga bank sehinggalah kami pun menjalani acara akad nikah di masjid (terima kasih kepada yang memberi bantuan tue), bergulai pada malamnya dan pagi esoknya sudah ke rumah mertua... Haha, langgar perjanjian!

Daripada panggilan ‘Demo’ ‘Kawe’ akhirnya bertukar menjadi ‘Abang’ ‘Sayang’. Tiga bulan berkahwin, kami pun bersanding bertiga (27.10.2010)...(kandungan sebulan)...Hehe, tak mahu ingat laa sebab akue kuat sangat alahan anak sulungku, Putri Aleesya... Daripada anak seorang, sekarang kami sudah mempunyai dua cahaya mata, seorang lagi, Putera Eilman Al-Ziq... Segala suka-duka bersama lelaki bernama suami ditempuhi bersama. Banyak suka dan tidak kurang juga ia diselit kedukaan. Berbanding tidak ada suami kepada ada suami, suatu pengalaman yang cukup berbeza, ajaib (miracle) dan semuanya berjalan atas kehendak Allah SWT.

...............

Kami merupakan rakan satu sekolah. Hanya kenal, berkawan agak rapat dan tidak pula bercinta ketika itu. Ditemukan semula selepas 10 tahun tidak bertemu dan tanpa bercinta panjang, kami ambil keputusan untuk berkahwin sebab dulu akue nie rakan kaunseling dia (selepas bertemu semula). Akue kagum apabila dia membacakan lirik lagu ‘Alhamdulillah’ dalam versi bahasa Inggeris. Walaupun tak pernah dengar, tapi akue tahu itu adalah lagu dan tekaan akue betul. Bertemu seketika, biarpun pernah kenal, sebelum merisik, akue minta izin untuk melakukan solat Isytikharah. Malam mula2 solat, tiada apa2 mimpi, malam kedua, keputusan sama-tiada mimpi dan pada malam ketiga, akue akui kebesaran Allah Subhanallah... Tanda Isytikharah itu bukan bergantung pada mimpi semata-mata, sebaliknya ia boleh cenderung kepada hati kita, semakin dekat dengan pasangan atau semakin berjauhan. Malam ketiga tue aku solat sebelum tidur dan selepas solat Isytikharah, tanpa bercakap dengan sesiapa, akue tidur. Sebelum subuh akue bermimpi begini;

“Dalam satu majlis (kenduri), di bawah khemah di hadapan rumah akue, akue lihat Afrizam memakai baju hitam (kameja) melayan tetamu-tetamu yang datang. Tidak duduk diam. Bergerak ke sana ke mari. Keadaan sangat ceria dan ramai tetamu datang. Akue hairan kenapa Afrizam (kawan sekolah akue) melayan tetamu depan rumah akue, kemudian akue terjaga dari tidur!!!”

-Maha Suci Allah, akue percaya kepada Qada’ dan Qadar Allah! Dia yang menentukan segala-gala-Nya dan akue terus SMS bakal tunang akue ketika itu (sebelum Subuh).

.................

Semoga perkahwinan yang dibina 5 tahun ini utuh meneruskan kesinambungannya menyusuri kebahagiaan dunia akhirat. Semoga akue dapat menyempurnakan impian akue untuk membeli sebuah gitar buat suami tercinta. GITAR, bukan sahaja bentuknya menarik, malahan akue sudah rindukan bunyi petikan yang dimainkan suami (ketika itu kawan sekolah) suatu masa dahulu. Selain GITAR, akue mahu dia miliki terjemahan Syamil Quran-MIRACLE. Semoga kami terus tabah mengharungi suka duka hidup berumah tangga ini. Semoga apa yang berlaku mematangkan kami untuk menjadi ‘papa dan mama’ yang memberi kebanggaan kepada putera dan puteri kami nanti. InsyaAllah...

Hari ini akue kagum kerana di belakang akue ada suami yang sanggup melayan kerenah akue sebagai seorang wanita paling emosi, sensitif, pemarah dan complicated... Akue tidak mahu nyatakan apa yang terbaik dia lakukan kerana semua itu tidak mampu akue ucapkan dengan kata-kata, Cukuplah akue katakan, aku bukan sahaja ada SUAMI TERBAIK, malahan anak-anak memiliki PAPA TERBAIK dalam hidup mereka. Hehe, iyelaaa, sebab itulahhhhh Aleesya tidur bawah ketiak papa...

Masih ada masa untuk aku fikirkan HADIAH TERBAIK apa perlu akue berikan padanya...

*tulisan ini ditulis pada 06072010 tapi baru diupdated dalam blog ini...maaf lambat...

3 comments:

  1. akue sebagai seorang wanita paling emosi, sensitif, pemarah dan complicated...p/s: aku rasa mahu bersetuju dengan pendapat ini. izinkan aku...eheheeh

    ReplyDelete
  2. tahun kawin tu x silap la cik soah...tahun 2010 kawin, xkn 2011 aleesya blh masuk skolah dh...hehe

    ReplyDelete
  3. hahaha..27 Oktober 2006...silap la tu..thanx krn mengingatkan

    ReplyDelete