Saturday, April 3, 2010

Akhirnya DIN pergi jua...




Akhirnya Din pergi…
Salam takziah kepada keluarga DJ terkenal, Allahyarham Din Beramboi...Akhirnya, dia pergi ketika NEGARA ini sangat memerlukan seorang pelawak spontan seperti beliau.

Jumaat memberi kesan paling bermakna kepada peminatnya yang tersendiri. Saya secara peribadi, tidak pernah bersua muka dengan beliau, namun setiap kali pergi dan balik kerja, dalam perjalanan, beliau dan Aznil (Pak Nil) menjadi penghibur...Ketika sedih, perasaan tertekan atau gembira, beliau mampu mencuit hati dari corong radio, tambah2 dengan gelak ketawa ‘orang sebelah’ nya (Pak Nil) di dalam konti Era...

Terkesima dengan pemergiannya, namun Allah lebih menyayanginya...Kadang-kadang saya rasakan saya baru sahaja mengikuti ‘peribadi’ beliau setelah segmen ‘Sawan Cara’ menyapa telinga...Terdetik di hati saya, “Din ini Allah berikan kepadanya keistimewaan, buat lawak spontan bukan mudah (untuk jadikan orang ketawa terbahak-bahak), tetapi dia mampu. Kuasa apa yea dia boleh buat perkara seperti ini..Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya”...Tetapi saya tidak lupa, PENGALAMAN beliau sebagai kartunis memang memberi kesan terhadap lawaknya di radio dan di mana-mana...Saya tidak pernah prejudis terhadapnya kerana seni lawaknya begitu unik, malahan saya sekali-skala terfikir, ‘daya fikir mana yang beliau gunakan untuk jadikan semua orang terhibur?’..Anugerah Allah itu Maha Hebat sebenarnya...MasyaAllah...orang yang sering buat orang lain ketawa, kita jangan pula lupa, hati menangis siapa tahu...

Itu hanya firasat saya dari jauh, sekadar menjadi pendengar radio yang sekali-skala saya buka semasa berada di atas kereta. Selebihnya, saya akui saya banyak ketinggalan dengan perkembangan semasa beliau...Jarang-jarang juga saya lihat beliau menjadi juri Raja Lawak baru-baru ini. Kekangan kerja, namun Din Beramboi memang melekat di hati sebagai DJ yang sangat berjaya dalam ‘tema’nya sebagai DJ Lawak...

Baru sahaja dua hari lalu suami saya bercakap penuh minat mengenai kejayaan beliau dalam segmen Sawan Cara setelah berita beliau kritikal tersiar di media...Kata suami, setiap malam dia seolah-olah menanti segmen untuk mendengar celoteh Din...Pagi ini, saya khabarkan Din sudah pergi..suami sedih..Dia termenung panjang...katanya begini “Patut lah 2,3 hari ini abang mahu sahaja dengar dia buat lawak, rasa tidak puas, sekarang suara itu sudah tiada...Al-Fatihah!”...

Din Beramboi bukanlah kawan baik kami, bukan juga kenalan, jauh sekali saudara-mara kami, tetapi jasa yang Din berikan seolah-olah beliau begitu ‘dekat’ dengan semua orang yang mengikuti lawak sehariannya...Semoga Allah mencucuri roh beliau, Amin Ya Rabbal Alamin...

Sekarang saya tergambar, itu perasaan suami saya yang sangat jauh tidak mengenali Din Beramboi secara dekat. Dekatnya hanya pada corong telinga di radio sahaja... Bagaimana yea perasaan Aznil yang setiap kali lawak spontan itu dibuat oleh Din, dia ketawa berdekah-dekah, berjela-jela dan tidak kering gusi...Semoga mereka yang rapat dengan Din terus tabah dan redha dengan pemergian Din Beramboi.

Al-Fatihah...

Friday, February 12, 2010

Lama, benar...

Salam...

Lama benar (berbulan2) aku tidak sempat mengupdated entry...bukan idea kering, hati patah, namun memang aku benar2 sibuk (alasan biasa)...
Hari ini, sebagai isteri, aku kenal di mana kelemahan akue sebagai seorang isteri...hari ini sebagai kawan, aku tidak lupa ada kawan baik dan kawan yang sudah makan kawan..hari ini juga sebagai pekerja, aku tidak mahu lupakan ada percaturan di sebalik kebaikan seseorang...

Bukan menuduh dan mengata, namun percaya dan sedar atau tidak, orang yang paling baik, yang kita rasakan terbaik (terutama kawan) tidak mustahil melupakan istilah sahabat...dan jika kita sudah bersedia, kita tidak lagi gentar menghadapi cabaran itu...

Kumpul kekuatan usaha paling strategi...aku selalu mendoakan semoga aku tabah dengan cabaran yang harus aku tempuhi, cumanya aku paling takut jika orang yang aku harap2kan akhirnya turut lemah seperti aku ketika itu..aku perlu kekuatan itu dan aku percaya, dia juga memerlukan kekuatan daripada aku (jika ada)...

Apa khabar suami terchenta..ohhh hoo, dia sihat, terkadang perasaannya juga seperti aku, gundah gulana. Namun, kami harapkan kami tetap bahagia dan sama-sama mampu menepis arus cabaran yang semakin deras dari sehari ke sehari.

Apa khabar pula anak2ku. 2010 ini Putri Aleesya setiap pagi minta nak bersekolah (aku takut jika hantar awal sangat, nanti dia boring dengar istilah sekolah). Nanti aku mahu belikannya beg sekolah (seperti yang diminta)...Dia tetap menjadi pujaan ramai. Kata2nya semakin petah dengan penguasaan bahasa Klate yang veri A plus2. Putra Eilman Al-Ziq bagaiamana pula yea???...halaaa haiii...tak boleh duduk diam, dia belajar untuk bertatih. Lasak, terhantuk sudah perkara biasa baginya (biarlah, aku mahu dia jadi anak lelaki yang lasak)...Giginya sudah banyak...Sudah boleh lambai2 tangan tanda 'bye, bye'...dan yang paling tak best, dia tak boleh lekang dengan mama nya. Nak bangun pun tak boleh (dia takut ditinggalkan)...Itu sahaja setakat ini...

Untuk teman2 yang masih ada ketika aku bersuka duka, aku ucap terima kaseh tidak terhingga. Pada yang berusaha mencabar aku..juga terima kaseh kerana menyedarkan...Semoga tahun ini lain pula tuah dan rezeki kita...

Ada banyak yang aku tahu dan ada banyak juga yang aku tidak tahu...MasyaAllah...

Saturday, December 12, 2009

Cerita peniaga...

Sebentar tadi akue lunch bersama suami di salah sebuah gerai di pengkalan chepa, dekat ofis akue. kuew tiew celup. ketika sampai, hanya ada satu meja yang dipenuhi pelanggan satu geng. sesudah aku makan, pandang keliling, rupa2 ada 3, 4 meja terisi pelanggan. siap makan, suami bagitau 'kira'. hanya dua pekerja di gerai itu. suasana nampak agak biasa, tidak juga sesibuk mane.

pelayan utk kira belum sampai2 juga. kami menjenguk, kemudian suami terpandang kepada pekerja lelaki. pekerja wanita sediakan 4 nasi ayam. tadi pekerja lelaki itu buat air di dapur. kemudian, ada pelanggan mahu air kelapa, dia bergegas kopek kelapa, terkejar2...Lalu suami aku berkata, "Lihat, kerja di mana pun, penat mestilah penat. tengok mereka, berkejar2 ke situ ke sini, tak kira penat dah, asal kehendak pelanggan dipenuhi."...Ermmm, iye laa, kadang2 ada pelanggan tidak sabar, menyalahkan peniaga..sepatutnya kita kena faham jugak situasi mereka. banyakkan bersabar. sabar dan sesekali jangan lupa berikan senyuman sambil membayar duit, sekurang2nya dengan senyuman kita penat mereka turut berbayar...jangan perlekehkan mereka, mereka cari makan, berusaha dan berikhtiar seperti kita...

Meniaga itu mulia, namun ada ketikanya kita perlu ada kekuatan, tafakur diri dan saling beri kepercayaan. semoga di antara kita saling faham-memahami, insya Allah...

Saturday, November 28, 2009

Jawapan kepada coretan 'hargailah mereka'...

Air Manik Astagina-(Luka di Jari Kaki)

Kalau luka jari kakimu
tersepak batu, anakku
kulitmu berlumur
darah menyembur
bangun kau anakku
jangan kau gentar pada batu.
Dengan tanganmu
baling seterumu sejauh mau.

Jangan kau biar bisa di kaki
menular meracun hati.

Batu semacam itu akan terus ada
menyekat jalan di mana-mana.
Kau harus waspada
mengorak langkah setiap masa.

Lihatlah anak, pada jari kakiku
yang sering terlanggar batu.
Lukanya sudah lama berlalu
parutnya masih di situ.
Bagiku anak, luka tidak lagi bisa.
Alah batu kerana biasa.

Kalau bila tikanya tiba
Bisa di kakimu mencengkam jiwa,
datanglah kau pada air mata mama.
Air matanya Air Manik Astagina
pengubat bisa lara.
Datanglah pada doa bapa.
Doanya Pedang Puspa Jentaka Wira
pelebur batu durhaka.

Hashim Yaacob
8 Mac 1994

* Aku tidak pula menyangka pada perkataan 'air manik astagina', ada puisi yang sangat indah ada di dalamnya...

Saturday, November 21, 2009

'Second wave'...

Banjir di hati???


Second wave flood ke? Rasanya banjir kali ke-2 akan datang lagi. Sekarang ini pun air sudah naik, tetapi belum mengatasi first wave beberapa minggu lalu... Dengan suasana yang mendung, gelap, hujan yang turun sekali-sekali mendinginkan hati aku. Namun, ada faktor kenapa hati aku dingin....

Hari ini cuti kerja. Duduk dengan anak2 memberi ketenangan walaupun diorang nampaknya boring jer dok kat rumah, x kuar rumah. huhu. Suami aku (baru keluar g kubang kerian) memberi dorongan kuat dan katanya sudah tidak sabar mahu melihat apa yang aku tulis dlm blog....

Kalau musim hujan yg sangat gelap begini satu jeerrr yg akue ingat iaitu kenangan banjir masa kecik2...Awal 80-an...Masa tu umur aku dalam darjah 2, 3 tu aku memang tak lekat di rumah. Pulak bila bangun pagi2 (setelah masa nak tido malamnya hujan x henti2 dua hari berturut-turut) buka pintu depan rumah tengok air dah naik tangga rumah..yahooooo!! boleh main air...

Hari pertama memang banyak baju jadi mangsa basahan. Pagi paling tidak dua kali gie sukat banjir kat kawasan sungai (rumah aku dekat jerr ngan sungai- 50 meter je kot)... Kalau tempat airnya tak laju, rasa macam tak adventure, jadi akue dan kawan2 gie mandi kat air deras. Air deras nie berdekatan sungai tapi tak laa dekat sangat. Masa tu jalan dah diturap jadi air tu atas jalan berturap. Mandi air sungai yang melimpah-ruah di atas jalan nie seronok sebab airnya bersih, bukan air takungan...

Dah penat mandi, kami pun pulang la melaporkan kepada sesiapa yang belum keluar tengok air separas mana air masa tu... Balik tu x terus naik atas rumah, sebaliknya duk di pekarangan rumah sebab di situ ada 'gok arang'. Masa tu ayah aku merupakan pengusaha kayu arang jenis rambutan tersohor..kua, kua, kua. Memang glemer la tempat nie sebab di samping usaha 'mengisi arang', ada arang2 yg kurang hangus ayah aku kumpulkan dan jadikan satu tempat 'memanaskan badan' dengan bara api di tengahnya dan ramai benar peminatnya yg mengerumumi tempat pemanasan nie...Tak tahan nya sipa ada yang tanda kan tempatnya. hehe. Paling tidak pun, sementara tunggu baju basah jadi kering, kami sempat laa cabut ubi2 kayu dan lempar ke dalam bara api tadi...dok dalam 15 minit, masak laa ubi kayu bakar fresh...makan ramai2 alas daun pisang...alahai...sedap nyeeee.....keluar asap masa makan (sebab suasana sejuk hujan). Best kan kalo ada gambar ketika itu, tapi ia kini hanya tinggal kenangan di hati kami.

Petang pulak, mau tiga kali kami sukat paras air. Tapi biasanya kami cipta laa aktiviti yg memang bagi kenangan dan kalu tak buat betapa rugi nya sebab banjir hanya datang dalam 2,3 hari aje. Apa yer??? kami reka la buat 'rakit' guna batang pisang...huhu. tapi, nak 'handle' batang pisang nie tak boleh budak2 kecik...kena naik dengan budak2 besar takut tenggelam...Bagi mengelak ia licin, batang pisang nie dibuang bahagian tengah (buat bentuk melengkung) dan kami pun mendayung (guna batang kayu ajer) laa macam naik kayak. huk..huk ya huikkkk....

Ada yang lebih mencabar dan sengaja diada2kan oleh budak2 lelaki besar (sekolah menengah). Mereka nie lagi kreatif, tebang2 pokok buluh, ikat2 buat rakit betul2. Naik 3,4 orang. Mereka tak berakit laa kat air x dalam, terus masuk kawasan sungai (time banjir air sungai memang dalam dan sangat deras)...Memang mencabar dan merimaskan tetapi masa akue kecik, tak ade pun kes lemas ke, mati lemas ke...tidak seperti sekarang, banjir baru bermula, ada 2,3 kes maut dahhh....

Ada tue sengaja mencipta rekod handalan dengan berpakar ramai2. Yang ni permainan mengikut umur dan kemahiran orang tertentu sahaja. Under age, tengok saje, jangan nak cuba2... Mereka (dalam 5 lima orang), setting dan 'berlumba berenang di air sungai deras' semasa banjir...Fuhhhhh, dalam bersorak tetap ada bimbang takut mereka lemas, tapi memang tak ada yg lemas, cuma yang ada sape nombor satu dan last dalam pertandingan olok2 tadi.. bertarung nyawa, tapi...zaman itu zaman mereka yang kuat semangat. Orang zaman sekarang rasanya tak boleh dah kut buat begitu...

Itu kenangan... Itu masa kami kecil dahulu. Sekarang, ada yang kerja yg ada standard di bandar, dan ada juga yang kerja kampung. Tapi, 'kenangan itu padamkan jangan'. Tanya mereka, mereka pasti tersenyum. huhu...

Sekarang bila banjir, meloncat jugak laa tengok air kat depan tangga rumah. Paling tidak pun, kami anak beranak harungi air nak ambil gambar sebagai ingatan semata-mata. Tapi dah tidak ada laa batang pisang, perlumbaan rakit dan perlumbaan berenang. Yang ada aku lihat anak sedara akue ambik peluang sebelum tangkap gambar; chik soah ambik gambar yea, sahir nak berenang'. lokasinya bukan di sungai, tetapi di hadapan perumahan yang airnya dalam...hehe!

Apa kata yer sekiranya anak2 kita minta izin boleh tak nak berlumba2 di sungai ketika air nya dalam dan derassss..eeee, tak boleh, tak boleh. kalu akue, aku tak bagi..jangan! jangan! hehe...

Friday, November 13, 2009

Ratu Bayi Foto Comel







Ratu Bayi Kelantan






Inilah rupa2 Ratu Bayi Kelantan yang menang nombor 1 semasa Pertandingan Foto Bayi Comel 2009 anjuran Pantai Timur Hypermarket. Namanya Tihanie Assyifa Mohd Azahar, anak kepada kakitangan Telekom Kota Bharu dan ibunya suri rumah (business woman kat rumah katanya). Dia anak bongsu daripada empat beradik...Memang comelllll dan fotogenik. Minat benar dia tengok kamera! Klik, klik, dapat RM5,000 hari ini. Memang tiada dosa betul riak wajah kanak2 yer...Masa belum diumumkan tadi, aku dah nampak kanak2 ini paling menonjol sebab aku berkenan pada baju merah putihnya, ada skaf merah di atas kepala, ingat nak tanya mak dia beli kat mana baju nie..(nak beli gak kat Aleesya). Rupa2nya dialah juara! Tahniah! Bukan setakat pada foto, tapi memang comei kat luar!


Best nya...Dinobat bayi paling comei dan fotogenik. Betapa bangga ibu bapanya. Wajah ibu atau wajah bapanya yang dicari apabila melihat wajah kanak2 yang comel kan...huhu. Ini kerana ibu nya berani menampilkan anaknya, kesungguhan itu berbaloi. Sekarang ceritanya bukan hadiah atau wang ringgit, namun ia memberi satu kenangan paling bermakna bagi bayi yang baru melangkah dalam hidup...dan kemenangan itu disukai ramai, dapat frame foto comei dan masuk paper..itu yang unik nya dunia kanak2 dan apabila dia dewasa, harap2nya kesungguhan ibu bapanya dihargai...InsyaAllah!


Apapun...aku tetap menghargai anak2ku Putri Aleesya dan Putra Eilman Al-Ziq...Amat fotogenik pada mataku...Ya Allah, syukur! Harapnya mereka juga fotogenik di mata umum. InsyaAllah...

Thursday, November 12, 2009

Mereka tiada dosa...







Salam hari Jumaat...

Semalam (pagi) masa tengah gosok baju nak gie kerja, aku letak anak, Eilman dan kakaknya, Aleesya atas tilam depan tv. Dua2 dok minum susu botol. Tiba2 aku dengar Eilman menangis sebab jatuh tilam..Aku tengok botol susu adik bawah badan Aleesya. Akue tanya Aleesya kenapa dia tak tengok adik nak jatuh tadi dan bagitau aku sebab aku tengah gosok baju, tak nampak...Aleesya dengan selamba jawab "Ma, Esok deh Kak Leesya tengok adik...". Huhu, menyampah akue. Nak marah pun tak jadi sebab Aleesya nie sering sangat dah mengeluarkan 'perkataan' biasa baginya, lucu bagi akue....

Masa dekat function khatam al-Quran j-QAF kat BTP negeri, ramai budak2 sekolah yg terlibat dengan pertandingan. Paling best acara Kalam Jamai'e (macam coral speaking) tapi dalam bahasa Arab. Lagi yang best nye dikir barat dalam bahasa Arab. Yang menariknya, peserta tu budak sekolah rendah, tengah comei2 lagi muka. Sebab gaya persembahan yang cukup cantik, ada style masa mula2 keluar depan pentas, semua tergelak tengok diorang...Pandai budak nie sedangkan bukan mudah nak hafal dalam bahasa Arab tuuu...berapa lama yer mereka berlatih dan berlatih sehingga petah sebegitu...? Dan paling akue ingat, aku bagitau kat wartawan sebelah, comei nya tengok muka budak2 nie...Dia jawab, sebab apa??? sebab budak2 nie tak de dosa....

Bila pikir2 semula... Yelah, betul...Kenapa apabila kita pandang bayi dan kanak2 hati kita yang tengah marah, tension, tiba2 sejuk mata memandang mereka...benarlah, sebab mereka tiada dosa...Tidak percaya, nanti pandanglah wajah anak2 atau adik2 kita yang masih baby or kanak2 masa tengah bercelaru...Kita akan rasa 'keunikan' dan 'keistimewaan' perasaan itu...Tapi akue sedih la jugak, aku ajak member wartawan tu makan mi celup dkt gerai depan (tak mau makan kat function). Habis makan, aku nak bayar, cari punya cari duit, tiba2 tak ade...Tadi duit tu ada lepas masuk minyak kereta pakai duit tu, anak sedara aku letak dalam zip beg...huhu, aku cari2 tak ada. Member pulak yang belanja akue. Maluuu. Baru lah aku ingat, tadi dekat function tu aku tinggalkan beg tu sebab nak ambik gambar kat depan pentas...Moral of the story; walaupun function agama, jangan ingat tak dak kes sosial di situ. Bawalah 'harta' tu sentiasa bersama2 kita...

Ok, jumpa lagi yerrr....